FAQ

Soalan 1. ITEM 2.2.1.( f )
 
Kriteria 48 tahun tu bermaksud apa? Adakah mereka yang umurnya 48 tahun pada tahun ini ( September 2010 ) atau bila umur 48 tahun pada tahun-tahun akan datang ( 2015 misalnya ) ada consideration khas ini ?
 
Katalah saya nak apply PM pada umur saya 48 tahun pada 2015........boleh ke saya guna pertimbangan khas ini ? Contoh pertimabangan khas mungkin membantu persoalan saya .
 
Jawapan : Belum Ada !!!!!
 
Soalan 2.
Adakah Pekeliling Pentadbiran 40 terbatal setelah keluar polisi kenaikan pangkat 1 September 2010 ini?
 
Jawapan : Belum Ada !!!!!
 
Soalan 3. / Pemerhatian Saya
DS52 diwujudkan pada sekitar 2002 - 2004. Perasaan saya (mungkin salah) jawatan DS52 ini adalah untuk mereka-mereka yang dah berkhidmat lama dalam skim pensyarah tanpa PHD yang tak boleh naik PM tapi gajinya lebih kurang gaji PM. Bagi mereka yang dah A11, A10 dalam skim JKK telah di samakan dengan DS45. Maka ramai A10 yang telah teraniaya dalam skim SSB dan SSM ini.
 
Sekitar 2004..... DS52 boleh di apply kalau kita sudah 12 tahun servis sebagai pensyarah ( master sudah cukup ) atau  6 tahun servis sebagai pensyarah with PHD. Guna excell tu kira aje.
 
Then DS52 boleh di apply oleh mereka yang ada PHD sahaja.  Ada PHD .... tak cukup servis 6 tahun pun boleh dapat. Siap boleh hutang-hutang bab pengajaran. Yang tak ada PHD tak boleh hutang research. Yang tak cukup mengajar boleh hutang mengajar. Inilah double standard yang telah berlaku. Itu sama-sama kita tanggung kesannya. Yang tak menerima haknya dan mereka yang tak sepatutnya berhak menerimanya. Kerosakan dunia adalah oleh tangan-tangan manusia  jua. Kalau seorang buat maksiat kalau yang lain tahu tapi tak cakap ............bala akan turun pada semua.
 
Ruang Terbuka kembali untuk Pensyarah tanpa PHD melalui perkeliling 40 bertarikh September 15, 2009 untuk apply DS52. Journal Impact Factor 0.5 adalah cabarannya.
 
Ikut Buku Panduan Terkini ( http://zmdyusof.fke.utm.my/kenaikan-pangkat )1 September 2010 bagi mereka yang berumur 48 tahun ada kriteria / pertimbangan lain yang saya pun masih tak jelas. Mungkin pihak pendaftar atau kumpulan-kumpulan professor yang membantu melengkapkan buku panduan ini memberi input kepada warga UTM bila ada ruang dan peluang.
 
Semoga semua jelas dan tak terasa tertindas di UTM dan akhirnya Happy Performance Index (HPI) warga UTM RU adalah tinggi.
 
Comments