Zul's Link‎ > ‎

FKE Halatuju 2011

                                                                   Cadangan & Pandangan Grassroot                                                                                            Ketegori / Teras 


1. Kursus undergraduate sepatutnya hanya ada satu ataupun dua saja iaitu SEE dan/atau mekatronik, kalau di UK tak ada kursus undergrad yg specialize, ie cuma ada EEE

2. Kursus master dipelbagaikan, di FKA saya dimaklumkan oleh seorang rakan kursus master mereka ada banyak (mungkin menghampiri 10). Yang patut kita specializekan ialah master by instruction dan bukannya undergraduate.

3. Tidak perlu thesis bagi undergraduate, this is the practice of UK's university, cukup dgn projek report. Pensyarah2 kita pun ramai yang grad dr UK dan tentu faham. Even anak saya grad dari UIA pun tak perlu submit thesis

4. FKE tak perlu ISO lagi kerana EAC lebih applicable dan merupakan satu requirement. Dengan keperluan 70%/30% RU saya rasa dua kali audit setahun (ISO/EAC) agak lucu dan membebankan pensyarah. Lainlah kalau kita merupakan factory yang mengeluarkan produk dan memerlukan kualiti control yang tinggi.

5. Dgn pertambahan pelajar2 post-grad, FKE memerlukan satu surau yang baru. Kalau bangunan baru yang mungkin kos berjuta2 RM, saya rasa surau yang baru pun boleh kot. Cadangan saya di Dataran FKE depan bangunan pentadbiran.
 
6. Untuk point E2, bukankah sepatutnya kita mengurangkan tempoh masa untuk proses kewangan? Fahaman saya tentang ISO, setiap kali selepas review, kita perlu cuba ringkaskan proses supaya 'time' sentiasa improve (semakin pendek). Atau mungkin saya salah faham?
 
7. Sekadar input untuk KJ SPACE ............ memasukkan perkara SPACE dalam perancangan / halatuju FKE yg akan dibuat bengkelnya tidak lama lagi.
 
Cara Pengajaran Yg Ada utk Undergraduate
1. Contact hour...... 1 hour + 1 hour + 1 hour on different day  weekly .... perdana dulu
2, Contact hour...... 1 hout + 2 hours on different day weekly...... perdana sekarang
3. Contact hour......  2 hour + 4 hours on different day weekend.......... SPACE dulu dan sekarang
 
a. Adakah program SPACE akan diteruskan dalam keadaan 1:1 nisbah program perdana UG : PG ?

b. Adakah program SPACE yang ramai lulus disebabkan course work marks / lepas sekadarnya.................. perlu diperhalusi kesan jangka panjang?

c. Kepererluan mewujudkan perbezaan approach / teknik  cara pengajaran 2 dan cara pangajaran 3 untuk menyelesaikan permasaalahan keberkesanan knowledge transfer kepada student SPACE yg sibuk bekerja mon-fri. Only study during weekends.?
 
8. Dalam mesyuarat Dekan-Dekan di Bukit TInggi baru-baru ini harus kita semua fahami halatuju UTM............... so we can plan 3 step ahead of time.
Transformasi Yang Akan Berlaku Harus Di Urus Bersama Utk Manafaat Semua.  Antara keadaan yang akan berlaku adalah:
 
1. UTM  Autonomi Universiti
2. FKE courses become 3
3. FKE staf reduce to 100 from 200++
 
If NC say so ................ we say yes...yes...yes ......then elok  fakulti kita ada plan yang membawa manafaat optimum kepada semua staf.......dalam... process transformasi ini.
If NC say so ................ we say wait .... then kita berjaya mempertahankan apa yang telah kita bangunkan bertahun-tahun. Bawa kemeja Rundingan.
May be NC should lead New Universiti not UTM with the good vision he has.
We in UTM will be the provider for the good good BSc student he needs in his  New World Class Autonomy University.
 
9. Bila satu meeting tu dibuat  .... eloklah ada agenda mesyuarat.
Jadi mudah kami nak preapare untuk bagi input yang terbaik untuk hala tuju jabatan kami misalnya.
 
Contoh Yang saya terfikir..........Mungkin mesyuarat itu adalah berkenaan pemilihan ketua jabatan. So...agenda nya
 
1. Input untuk Pemilihan Ketua Jabatan
         Kriteria apa yang FKE mahukan?
                  i) Yang kerja bagus
                 ii) Yang ada Dr dan keatas
                iii)  Yang mesra staf dibawah dia
                iv)  Yang agak senior
                 v)  Yang mesra dengan pimpinan FKE yang lain
 
 
2. Hal-hal berbangkit.
                 i) Halatuju Jabatan ...
                ii ) Apa yang perlu di perbaiki lagi

Sila nyatakan sejelas-jelasnya kepada kami dibawah ini akan matlamat sesuatu mesyuarat.
 
10. Basic question: Boleh ke kita kerja dalam organisasi yg mempunyai 2 Bos yg sama taraf (Research Dean RA & Dean Fakulti). Kes mudah, kalau ada 2 meeting yg sama masa, mana satu nak attend?
Based on that question, so saya rasa Fakulti perlu distruktur lebih kepada student oriented dan bukannya lagi staff oriented. KPI staf lebih ke RA, bersesuaian dgn RU status. No more 30% research. Semua mesti equal atau move ke 70& research. Otherwise RU akan kena tarik balik.
Jabatan di Fakulti mungkin perlu tukar ke Program kerana Jabatan monitor staf. Kalau Program ianya akan lebih ke student (under dan post). Jabatan dah tak bersesuaian dgn keadaan struktur UTM sekrg.
 
11. Cita-cita untuk mendapat gaji Professor adalah target kebanyakan pensyarah.  Setidak-tidaknya mendapat Gaji Seorang Professor ( tak perlu title pun ) . Ada yang main saham. Ada yang beli ladang Sawit. Ada yang buka kedai. Ada yang buka homestay. Dan pelbagai cara........consultancy, projek dgn industri dan lain-lain .
 
Cuma cara kerja kita ( group 40 - 50 )  yang dah bertahun-tahun menghasilkan Conference Paper sahaja, Lambat Dapat PHD memberi saya gambaran kita tidak pergi jauh sebagaimana our juniors in current UTM promotion exercise.
 
Dengan Vision NC untuk mengurangkan staf  FKE 200 -> 100  serta Universiti akan support the transfer process for those who feel can't perform in UTM promotion criteria ( 30 journal, key notes speakers, international grant, mou ) maka adalah wajar FKE dapat membantu staf dalam group ini untuk transfer ke organisasi kerajaan yang lain . Transfer Dgn Izin maksud saya.
 
Good about it............. mereka yang dapat transfer dengan Izin kalau kena dengan kekuatan seseorang  akan ada ruang yang lebih besar untuk mencipta kejayaan untuk diri mereka .............manakala mereka yang tinggal akan lebih menafaat kerana akan mendapat gaji yang lebih tinggi as what NC promise apabila status Autonomi UTM diperolehi.
 
So all of us will win. Nobody will lose. Just UTM will lose in one part but it will gain in another part.
 
 
12. Isu kenaikan pangkat ke PM yg nampak lebih mudah dari yang disangkakan sebelum ini
 
Cuma  saya merasakan cita-cita seseorang untuk menghasilkan 15 journal hancur bila mendengar difakulti lain dengan 2 journal tanpa IR ( cuma janji akan dapat IR 6 bulan lagi ) boleh diiktiraf sebagai PM dengan menjustifikasikan dia adalah Pakar sesuatu dan di recognize oleh universiti.
 
Senario ini menyebabkan kredibiliti pimpinan universiti dipandang tidak konsisten. Atau Kita Warga FKE tidak tahu how to play the game dibandingkan fakulti lain.
How to play the game ?  We must think together untuk meningkatkan moral of our staf in FKE. We must know how to play the game s
 
Kalau kepakaran dan sumbangan kepada management menjadi ukuran yang dominant maka kita perlu memastikan masing-masing staf kita ada enough management contribution. 
 
Seterusnya kita di FKE perlu mendefinasikan kepakaran yang dimaksudkan oleh kita (FKE)  yang menjadikan pihak universiti tidak perlu byk soal setelah kita memberi sokongan kpd seseorang staf kita untuk di beri PM misalnya.
 
Saya yakin dengan keterbukaan pimpinan FKE dapat kita sama-sama menghasilkan justifikasi kepakaran-kepakaran warga FKE untuk memudahkan proses kenaikan pangkat ke PM misalnya pada masa akan datang.
 
13. Saya cdg supaya di tambahkan kecekapan bahagian perolehan/pengurusan kewangan saya dapati kurang staf yang menguruskan bahagian perolehan dn merasakan beban mereka agak berat mungkin boleh dilantik kerani tambahan utk bantu licinkan urusan perolehan
 
14.Saya mewakili staf makmal turut bersama-sama ingin membincangkan hala tuju bagi staff Makmal FKE
1) laluan kerjaya
2) kenaikan pangkat (kouta diperbanyakkan)
3) Bridging program (untuk meningkatkan taraf akademik staff)
4) Latihan kerjaya dan kem motivasi
Adakan sesi perbincangan dengan staff makmal untuk isu-isu berbangkit
kerjasama pihak puan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih
 
15. Ada satu lagi yang saya nak utarakan dari rungutan pelajar2. Kerani2 akademik di FKE harap dapat lebih mesra dalam membantu pelajar.
 
16. Isu dari saya.
(i) Master by course perlu diterminate kerana level sesetengah subject yg diajar rendah dari undergrad. Juga subject khusus terlalu sedikit dan subject yg diambil pelajar terlalu broad.
(ii) Master by research perlu ambil subjects, cth 20 credits utk grad.
 
Cadangan saya jadikan 2 in 1. Why not kita try follow Japanese style pula. Master course, 2 tahun, kena ambil subjects dan kena buat research full time. Subject khusus perlu diperbanyakkan.
Target: student master yg diexpose dgn intensif pada theory dan research. Bila proceed PhD tiada masalah sikit. Juga secara tak langsung menyumbang pada  RU mark. Sekrg tak salah, master by course tak dikira...
 
(iii) Tolong peruntukkan budget utk experiments baru undergrad dlm microelectronics (materials dan device level). Sekrg dah ada 4 subject khusus utk microelectronic (termasuk 2 yg baru). Jadi sudah sepatutnya experiment asas diadakan. Univ2 lain luar dan dalam negeri dah ada, FKE UTM tak ada lagi. Student akan bosan bila dengar theory saja..tak ada experiment.
 
(iv) Department macam tak berfungsi. Tak ada mood, mendung dan tak ada aktiviti. Aktiviti hanya bila EAC menjelang tiba. cth: di UTHM, setiap department kena anjurkan conference. Untuk halatuju ini pun sepatutnya kena ada short meeting pada peringkat department dulu. Kumpul idea dulu walaupun idea yg tak bernas

17. Saya rasakan begitu juga. Saya pun tak pasti kenapa saya berada di dept ini. Mungkin sebab nak mudah divide and rule. Memang benar, department kini begitu longlai sekali. Untuk satu tahu bearpa aktiviti yang dijalankan oleh dept? Ada tak ada, serupa je. 
Kalau sekadar nak luluskan cuti, rasanya dgn auto system, dah tak de masala

18. Cadangan yg mungkin boleh digenerate oleh KJ and grad faculty.
Inter-grad faculty research colloqium antara UTM dan univ luar negara.
Cth: Masa saya student dulu ada yearly research colloqium antara grad fac EE eng. hokkaido univ dgn Seoul Univ. di organize secara bergilir. Sekrg, di Kyushu univ ini pun tahun ini ada beberapa research colloqium antara grad faculty yg dibuat dgn grad faculty dari univ di Korea dan germany.
Anjurannya simple sahaja...small scale, buat di univ, oral dan poster.
Boleh expose post grad student dan young staff boleh create networking. Traveling student disini di sponsor oleh grant dan scheme macam "global outreach" UTM.
 
Sekrg UTM, RA dan Fac create macam2 MOU dgn univ luar tapi aktiviti selepas tu hampir tiada, senyap. Just nak on paper utk tunjukkan KPI tercapai. Cth: dgn Nagaoka Univ japan. Ada MOU tapi activiti tiada. At least program macam ini peringkat fac perlu ada.
Mungkin boleh dibincang di TIARA beach resort sambil santai di kolamnya.


19.Please to inform that student or faculty member can apply some funding allocated to FKE for any PGs academic activities to SPS through TD 

Can students apply it to attend conference?
May be you can elaborate more so students and supervisors are clear on this matter.

20. Diharap perjumpaan/diskusi fakulti ini berjaya, berhasil dan berkesan dalam menyatukan balik para akademik FKE - diantara yang tuju/fokus ke penyelidikan semata-mata, yang fokus ke akademik/pengajaran semata2, atau pun yang menumpu sama berat kedua2 sekali. (Saya berpendapat profesor-profesor seharusnya dari jenis yang ketiga ini). Bengkel mesti cari jalan supaya mengkinikan struktur fakulti agar dapat facilitate (without power posturing, jika boleh) mekanisma universiti, skema kerja, autoriti dan tanggungjawaban yang baru sekarang; dan semua para akademik dapat mencapai aspirasi masing2 sambil dapat complement/support each other dengan penuh keikhlasan dan muslimin

21. Pentadbir harus lebih prihatin dengan e-mail supaya setiap pertanyaan melalui e-mail di balas.

22. Bagi isu undergraduate, satu lagi perkara yang mungkin boleh di teliti dan dibincang jika berkaitan, adalah " mengukuhkan dan meningkat kan lagi kerjasama dan penglibatan pihak industri melalui perlantikan ahli ahli panel dan penglibatan yang lebih berkesan oleh panel penasihat industri program antaranya melalui mesyuarat berkala seperti setiap 6 bulan."

23. Any academic activity organize by FKE Postgraduate Student Society(FKE-PGSS) or a group of PG students...i.e technical visit to industry are encourage to apply.

PG student organizing technical conference, seminar, workshop, which can be clacified as academic activity which the main purpose is for their fellow PG students,  are highly encourage to apply the fund, i.e TOP exibition for PG student, IGCES2010 etc. They also can apply honorarium for lecturer, invited speaker who giving seminar & facilitating such activities..i.e Journal writing workshop organized by Dr Zuwairie. 

However, fee & logistic for PG student attending a conference, seminar or training will not supported by the fund. Total allocation in every semester according to number of registered PG student, while FKE has such funding that under utilize comparing to other faculties.

To Lim: We are in the process of preparing & updating the guideline for the PG student academic activity application, will update you soon once ready.

BTW, to all graduate faculty member, if you have PhD candidate from industry/company looking for funding to support their study without leaving the company, they can apply the PhD Industry scholarship under MyBrain 15, the detail can be found in the brochure & slide as attached (supervisor expenses visiting student will covered i.e 3 visit per semester). Recently 37 UTM PhD candidates (6 of them for FKE PhD student from Intel, TM Bhd & TM R&D) has awarded the scholarship by KPT

24. Isu mengenai 2-3 orang satu makmal. 

--  Saya rasa juruteknik fakulti ini boleh menjaga 2-3 makmal berbanding 2-3 juruteknik bagi 1 makmal. Berdasarkan pengalaman bekerja saya yang tak beberapa tahun ini dan juga rakan2 yang lain, sudah menjadi budaya di FKE ini apabila membabitkan isu pembelajaran di sesi makmal umumnya, budaya 'TIADA JURUTEKNIK, MAKA SESI MAKMAL TIDAK DAPAT BERJALAN DENGAN LANCAR' bukannya TIADA PENYELIA MAKMAL, SESI MAKMAL TIDAK LANCAR'. Untuk pengetahuan, sepanjang belajar di POLITEKNIK, semasa sesi makmal berlangsung, para pelajar langsung tidak mengetahui kewujudannya 'juruteknik' di makmal tersebut kerana juruteknik hanya terlibat di bahagian teknikal saja. Peralatan yang ada di makmal pun, tersusun di satu tempat mengikut kategori peralatan tanpa ada tanda pengenalan kerana hendak melatih pelajar supaya ada inisiatif sendiri untuk mengenali peralatan tanpa bertanya kepada sesiapa. Sedangkan di sini, alat sudah ada di atas meja dan di depan mata sekalipun, masih lagi bertanya yang mana satu peralatan yang patut digunakan. Memanglah pelajar itu pengguna bagi kita...tapi dalam bab pembelajaran, lebih baik kalau 'inisiatif' tu di tanamkan dalam diri pelajar itu sendiri. Ini, pelajar sudah Tahun 4, gunakan osiloskop tak tau lagi. Bukannya analog osiloskop, digital lagi. 

Jadi, bagaimana kami nak meninggalkan sesi makmal yang berlangsung sekiranya sebilangan penyelia makmal sendiri tidak mengambil inisiatif untuk mempelajari ujikaji yang akan di seliakan. Apa yang berlaku di makmal...semua refer pada juruteknik. Jadi apa fungsi penyelia disitu? Ikutkan di FKE ini, juruteknik boleh menjadi penyelia makmal kerana skema jawapan semua dah ada dan kita yang bertanggungjawab atas sesi makmal tersebut. Cuma juruteknik ni tiada KELAYAKAN untuk menilai semua. Tapi yang sedihnya, juruteknik tidak boleh meninggalkan makmal semasa sesi makmal berlangsung, Jadi camner nak jaga 2 3 lab. 

Ikutkan hati saya, ada lagi nak bercerita tapi apa apa pun, kami ni mentimun. Di lanyak penyek, melanyak pun penyek. 

Luahan hati dari  wakil juruteknik

 
25. Isu nie mungkin telah dibincangkan dulu, dimulakan dgn Prof. Abu.....Tak ramai yg dapat mengajar pelajar master, oleh itu tak dapat nak market diri utk dapat projek thesis pelajar master melalui course work. Cadangan Prof Abu dulu agar mencadangkan satu section dari syllabus master dapat diajar oleh mana-mana pensyarah yg berminat. At least ada contribution dari setiap pensyarah dan jumlah penyelia pun banyak, kalau tak asyik penyelia yg sama je dapat master student.
 


Subpages (2): Aturcara Isu-Isu Teras
Comments